PAMERAN SENJATA
NUKLEAR: Segala Yang Anda Hargai-Dunia Bebas Daripada Senjata Nuklear.
TARIKH: 03 OKTOBER 3016 (AHAD)
TEMPAT: FOYER
PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH, UUM
SUBJEK:SGDN 1043 (J)
KUMPULAN: 1
HADIR:
- NOR FATILA BINTI ROKI (227576)
- AISYAHTUL NABILA BT MOHAMED@YUSOF (227691)
TIDAK HADIR:
- MUHAMMAD NIZAR BIN WAHID (225551)
- AHMAD SHAHMIN BIN ZULKIFLI (226096)
- NIK AMIRAH BINTI NIK SOH (223793)
Disediakan untuk:
Disediakan oleh:
PENGANJUR
Pameran
tersebut dijalankan dengan kerjasama Soka Gakkai Internasional (SGI) dan Kempen
Antarabangsa untuk Memansuhkan Senjata Nuklear (ICAN). Pameran ini telah
dilancarkan di Hiroshima pada bulan Ogos 2012 di Kongres Dunia ke-20 Pakar
Perubatan Antarabangsa untuk Pencegahan Perang Nuklear (IPPNW).
SGM
merupakan penganjur utama pameran tersebut. SGM adalah sebuah organisasi Buddha
yang yang secara aktif menggalakkan keamanan, kebudayaan dan pendidikan melalui
perubahan dan sumbangan sosial. Berakar umbi dalam falsafah hidup mengesahkan
Nichiren kemanusiaan, kasih sayang dan hormat kepada kehidupan, aktiviti SGM
dijalankan dengan pemahaman yang dikongsi bersama dalam hubungan yang tidak
dapat dipisahkan yang wujud antara kebahagiaan individu dan keamanan dan
pembangunan masyarakat. Melalui reformasi dalaman yang diarahkan, ahli-ahli SGM
berharap untuk menyumbang kepada kemajuan komuniti mereka dan membina sebuah
masyarakat di mana rakyat pelbagai budaya dan agama boleh hidup dengan aman.
OBJEKTIF PAMERAN
- Untuk memperluas sokongan terhadap penghapusan senjata nuklear dengan menyediakan peluang untuk belajar dan mendalami isu ini dari pelbagai sudut pandangan.
- Untuk menyediakan maklumat dan perspektif yang memperkasakan orang untuk mengambil tindakan demi masa hadapan yang diingini.
- Untuk membina momentum dalam kalangan rakyat ke arah pengharaman senjata nuklear melalui perjanjian yang melarang senjata nuklear.
Nuclear weapons are the greatest environmental danger to
the planet from humans, not global warming or ozone depletion.
Alan Robock
PENGENALAN SENJATA NUKLEAR
Senjata nuklear atau bom atom merupakan sejenis senjata
pemusnah yang terhasil dari tindakbalas berangkai nuklear. Senjata nuklear
adalah hasil daripada “Manhattan Project”. Iaitu sebuah projek pembangunan
untuk bom nuklear yang pertama. Projek yang diketuai oleh ahli fizik,
profesor J. Robert Oppenheimer ini merupakan kerjasama Amerika Syarikat (A.S) dengan Canada
dan United Kingdom.
Terdapat dua jenis senjata bom nuklear iaitu “Nuclear Fission
Bombs (Bom Atom)”. Dalam tindakbalas nuklear, setiap nukleus atom akan
terbahagi kepada dua neutron. Jenis yang kedua pula ialah “Nuclear Fusion Bombs
(Bom Hidrogen)”. Dalam tindakbalas nuklear, setiap dua atom kecil dan isotop
hidrogen akan bergabung menjadi atom yang lebih besar.
Ujian
bom atom yang pertama telah di lakukan pada 16hb Julai 1945 di Socorro, New Mexico, A.S. Bom yang dikenali sebagai “Trinity” menghasilkan kuasa letupan bersamaan 20 Kiloton TNT. Ujian bom ini
menunjukkan bermulanya era atom/nuklear. Ujian Bom Hidrogen yang pertama telah di lakukan pada 1hb November 1952 di salah sebuah “Pulau Elugelab“,
di Republic Marshall Island. Kod “Ivy Mike”
digunakan untuk operasi ini dan ujian ini telah menghasilkan tenaga letusan 10.4 Megaton TNT iaitu 750 kali ganda lebih kuat
dari letusan Bom atom Hiroshima. Kuatnya letusan ini telah menyebabkan Pulau
Elugelab hilang dari peta dunia!
Kejadian pada 6hb Ogos 1945 merupakan
peristiwa kekal dalam ingatan warga dunia apabila Curtis LeMay, seorang Jeneral
Tentera Udara Amerika Syarikat telah menetapkan tarikh tersebut untuk opearsi
menjatuhkan Bom Atom di Hiroshima, Jepun. Letusan Bom Atom tersebut telah
menyebabkan 140,000 nyawa terkorban.
Hiroshima, Jepun
FAEDAH-FAEDAH
PAMERAN
Terdapat banyak faedah yang diperoleh
melalui pameran tersebut. Antaranya ialah ia dapat memberi pendedahan yang
lebih meluas kepada pelajar tentang bahayanya kuasa nuklear kepada manusia
sejagat. Kempen tersebut juga dijalankan bagi memberi kesedaran dan menggalakkan
pelajar untuk memberi sokongan terhadap pengharaman senjata nuklear. Setiap
manusia mempunyai keinginan untuk melindungi insan dan harta yang disayangi
daripada segala bahaya dan ancaman. Oleh itu, kita juga perlu mempunyai
keinginan untuk melindungi alam daripada perbuatan manusia yang seterusnya
boleh memusnahkan atau memberi kesan kepada insan dan harta yang dilindungi
itu.
Selain itu, program ini juga dapat menanam
sifat bencikan keganasan dalam kalangan pelajar. Keganasan yang berlaku di sesebuah
negara akan memberi kesan kepada semua dan bukannya memberi kesan kepada
sesetenganh individu sahaja.
A SAFER WORLD IS OUR
RIGHT A SAFER WORLD IS OUR RIGHT
A SAFER WORLD
IS OUR RIGHT^_^
Dr.Sahidah bersama Pelajar Kumpulan J Sains Pemikiran & Etika
KESAN NEGATIF
SENJATA NUKLEAR
Terdapat banyak kesan negatif daripada
kuasa nuklear tersebut. Salah satu daripadanya ialah ianya telah memberi kesan
yang buruk terutamanya kepada wanita dan ibu-ibu mengandung. Kebanyakan wanita
mengalami barah reproduktif dan kelahiran yang tidak normal. Secara amnya,
mereka melahirkan namun anak tersebut tidak dapat digambarkan seperti anak-anak
yang lain kerana sifat fizikalnya yang digambarkan hanya seperti “sotong”,
“epal”, dan “kura-kura”. Kebanyakan bayi yang lahir tidak mempunyai tulang dan
kulit yang lut sinar. Kita boleh melihat otak mereka dan denyutan jantung
mereka.Selain itu, ia boleh menyebabkan kerosakan pada radiasa badan, ancaman
haba dan ancaman kemusnahan alam. Ini
menunjukkkan betapa bahaya kuasa nuklear bukan sahaja kepada manusia malahan
boleh memusnahkan seluruh alam ini.
We have to face the fact that either all of us are going to die together
or we are going to learn to live together, and if we are to live together we
have to talk.
Eleanor
Roosevelt
(1884-1962)
Former US First Lady
SUMBANGAN GOLONGAN
WANITA TERHADAP ISU INI
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagi mengatasi, menghalang penggunaan senjata nuklear ini secara tidak terkawal kerana ia membawa lebih banyak kesan negatif kepada manusia, alam sekitar dan haiwan.
LAMPIRAN
“WHY
I OPPOSE THE NUCLEAR- ARMS RACE: I PREFER THE HUMAN RACE”
EDWARD ABBEY